Monday 1 June 2009

mak....



Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbanan mu di sanjung tinggi
Jaamu tetap di sanubari

Ibu oh ibu fitrah mu murni
Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku
Kau disayangi kerana menyayangi
Ibu oh ibu hatimu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluarga
Ibu oh ibu kau serikandi
Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Mentaati Allah juga suami



Sedih dan syahdu lagu nie kan..dalam beberapa hari nie jiwa aku tersentuh sangat tgk mak yang makin sakit dan uzur..malam tadi teresak2 aku menangis dalam tandas sebab tak nak hubby aku tgk…tak sampai hati nak tgk mak camtuh tapi apa daya aku untuk menolong..dah sehabis kudrat rasanya aku menjaga ibuku yang sedang sakit melawan penyakit Alzhimer nie..



Mak…
Ijah tak tahu apa kesalahan mak yang dulu sampai anak2 lelaki mak semua tak pedulikan pasal mak..tapi percayalah… selagi ijah masih bernyawa..takkan ija abaikan mak walau sesaat pun walau ija tahu kasih dan sayang mak lebih tertumpah kepada abang is dan abang chai..tipu kalau ija tak terasa suatu masa dulu..tapi mak tetap mak..membesarkan ija penuh kepayahan sebab abah bagi tahu mak terpaksa duduk di hospital selama 6 bulan selepas melahirkan ija…terima kasih mak diatas curahan kasih dan sayang walau ija penah rasa kekurangan dari segi itu suatu masa dulu tapi Allah beri ija pengajaran yang tak ternilai saat melahirkan rayyan ke dunia..sakitnya..YA Allah… mungkin itulah petunjuk yang Allah tunjukkan pada ija supaya lebih menyanyangi dan menghargai hadirnya seorang ibu di dunia..tanpa mak..ija takkan ada di dunia ini…
Aku mengharapkan keajaiban berlaku untuk melihat mak aku sihat kembali tapi aku tahu itu pasti tidak akan berlaku….aku cuma mengharapkan Allah beri aku kekuatan untuk menjaga mak dan abah sebab hanya aku jer tempat mereka bergantung...apa pun aku menerima suratan perjalanan hidupku ini sebagai satu ibadah..aku percaya..setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya…

* Note : tak tahu napa tetiba citer pasal nie tapi apa yang aku tahu..mata aku dah bengkak menahan sedih yang amat sangat!!

3 comments:

  1. semoga tabah dan cekal untuk hadapi segala dugaan yg mendatang.. apa2 pn aku tetap doakan kebaikan kau sekeluarga..

    ReplyDelete
  2. thanks beb..kekadang tuh rasa cam tak sanggup nak menghadapi pun ada...

    ReplyDelete
  3. weh,saba bebyk k..dugaan sume tuh

    ReplyDelete